aku dalam perjalanan pulang dari restoran GAD.
(antara restoran yang tersenarai dalam senarai restoran mewah, fast food ..jangan tanya berapa bintang..)
di tepian jalan yang biasanya sibuk dengan manusia-manusia tempatan (orang mesir) lalu-lalang..
aku jalan seorang diri, senyap kerana tiada apa yang boleh dibicarakan.
hanya tumpu kepada perjalananku ke asrama MARA.
bertemankan sebuah beg plastik yang berisi makan malamku.
kuperhati sekeliling,
basya-basya (pemuda/belia) arab mesir sedang melepak di tepi lorong pejalan kaki yang gelap kerana tiada lampu.
entah apa yang mereka bualkan,sekali kutoleh, macam berdiskusi, pandang sekali lagi macam bergaduh..
biarlah,asalkan aku tidak dikacau.
teruskan langkahku.
bangunan asrama pun dah kelihatan.
muncul 3 orang pemuda mesir. berjalan seiring.
trio itu berselisih denganku.
tidakku endahkan mereka.
tiba-tiba,pemuda yang berada ditengah-tengah trio menepuk tangan.
mengeluarkan bunyi-bunyi yang pelik.. "alololo..awuwuwuwuw!!" (lebih kurang..)
kemudian gelak sesama mereka.
tiba-tiba darahku menyirap.
bengkek sungguh.
ditambah dengan mood yang kurang elok.
kuterasa ejekan itu.
yelah, orang mesir ini pelik.
nampak orang Malaysia panggil orang asli, tiada bertamadun.
yang mereka tahu negaraku ini hanyalah hutan semata-mata.
hijau, pokok, binatang, harimau, orang yang tinggal dalam hutan tiada baju..
sebab itu mereka hasilkan bunyi-bunyian pelik, hendak menzahirkan imaginasi dalam kotak fikiran mereka.
hendakku tahu yang aku ini kononnya orang asli yang berada di dalam satu-satunya hutan konkrit di dunia ini.
yelah, Ummu dunnia itu gelaran yang mereka beri kepada negara mereka.
Ibu dunia lah katakan, segalanya terbaik di sini kononnya..
tidak mengapalah, ku sabar sahaja..
kalau difikirkan 2-3 kali, orang-orang di negaraku pun ada yang tidak tahu akan mesir..
sebut mesir,padang pasir, gurun, cuaca panas, orang naik unta, pakai serban dan jubah..
rasionalnya, sama sahaja..
tidak kuendahkan provokasi itu..
terus masuk ke dalam bangunan asrama.
kasihan mereka, tidak lagi melihat dunia luar yang sebenarnya.
semoga 1 hari nanti sampai kepada trio tadi peluang untuk keluar merantau dari Ummu dunnia mereka..
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (١٣
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
(Al-Hujurat; 49 : 13)
Wallahu'alam..
5 comments:
oh..
now i know why the arabs laugh when they see malaysians.
yeah my friend....we are same at all..so try to be more patience insyaAllah we'll got sumthings...
Salam bro.
Huhu~m'uji ksabaran btol..suke sgt pndg rendh org lain..klaka ble pk blik.
But then,byk kan sifat2 yg baik ada jgak kat dorg?...
wslm,,haah,,klaka ade..sian pn ade kt diorg..huhu
yup..sy stuju,ade gak baiknye diorg ni + ssh sgt nk jmpe kt msia (bole kate xde lgsng..)
sian kt president.
jgn tensen2 eh.
but thanks 4 sharing.
nonetheless, i like the 'nyamuk mesir' story better. LMAO
Post a Comment