Friday, January 9, 2009

peristiwa pagi.....

tepat jam 5 pagi, suatu 'lembaga' muncul di sisi katil.
subuh2..lalu ke arah suis & menghidupkan lampu..
mataku 'terkejut' akibat sinaran lampu kalimantang yang garang menerjah mataku yang selesa dengan sejuk gelap malam..
kubangun,kerana kutahu waktu menunaikan kewajipan tiba..


kutarik tualaku yang tersadai di tombol pintu almari.
lalu kubalutnya dikepalaku.
fikiran,mata dan perasaan masih kabur.
transisi dari alam maya ke realiti.
tapi hanya 1 objektif di dalam fikiran.
utk bersuci,berwuduk di pagi musim sejuk.
ku susuri ruang tamu yang masih gelap,tapi dihuni oleh seorang pen'download' tegar.
yang berjaga,menemani 'router' internet tanpa wayar.
kuhiraukannya,terus gagah melangkah ke bilik air yang masih lagi kesunyian,menunggu
dipenuhi manusia.


kulangkahkan kaki kiriku,kusarungkannya terus ke dalam selipar kuning.
dan terus ke kepala paip air. kepala paip sejuk badannya. mesti angkara angin malam musim sejuk. lantas kubuka kepala paip,menanti air yang sejuk membeku mencurah keluar, agar dapat kuberwuduk.


tapi....
air degil. puas kupulas 'telinga' kepala paip. memanggil air keluar. air tetap degil. kasihan kepala paip,telinganya dipulas-pulas. tapi air tidak kasihan padanya,tetap terperuk di dalam.
enggan keluar.
pelik,kenapa air enggan mahu keluar? biasanya sekali kupanggil,datangnya segera. tak bertangguh,aktif di pagi buta.
kutunggu sekian lama,air tetap tak mahu muncul.


tiba-tiba kudengar suara berbicara.
oh,rupanya bukan air yang degil,tapi air disekat jalannya. kasihan,dipenjara oleh 'penjaga pintu' yang tidak diketahui rutin kerjanya. tidur dan tidur.
kutunggu air lagi,sambil waktu subuh terus mara.
kumenanti lagi,manalah tahu kalau air dapat melepasi 'penjara'nya sendiri.

2 comments:

kepalakotak said...

apakah??

master bahasa??

afiq faiz said...

yup..master bahasa..hahaha