Saturday, January 31, 2009

koleksi senario aneh....

salam 'alayk..

beberapa senario yang jika dilihat sekali sahaja cukup untuk timbulkan seribu satu tanggapan :

senario 1 : Musim Exam 1

Berlaku lambakan pembaca buku tegar. mereka tumbuh macam cendawan lepas hujan. rasa endah akan sekeliling makin kurang. kesemuanya tegar membaca, bunyi muka surat diselak setiap saat. hingga ke lewat malam,mungkin ke subuh bagi 'ulat2 buku bermusim' yang kebuluran buku. pembaca2 tegar ini tidurnya tidak kisah, asalkan ada buku di sisi. Atas lantai dan meja kebiasaannya,berlapikkan buku sebagai bantal yang paling empuk. Kasihan katil dan bantal,mungkin sedikit dengki wujud di sudut celahan hati kayu mereka. tidak lagi dirindui sebagaimana hari2 dahulu.



senario 2 : Musim Exam 2

Syif malam penuh,ramai yang buat extra time. premis masing2 mula tukar jadual operasi, jadi 24 jam. lampu dibuka hingga esok,hanya bahagian2 tertentu sahaja yang gelap berbunyi cengkerik. bil elektrik mungkin melambung, tapi di premis milik kerajaan tiada risau, mungkin risau hanya singgah di premis2 swasta & persendirian. tekun bekerja hingga ke pagi, masuk waktu rehat barulah berhenti. tapi tidak berehat, melayari alam maya lebih menjadi pilihan, kadang2 smpai selesai waktu barulah hendak berehat. ada pula yang ekstrim, tidak perlukan rehat, terus sambung kerja.


jam menunjukkan 6 pagi...

tekun & fokus..

sampai ke malam..




senario 3 : Ma'rat kutub (book fair) 1

book fair di Mesir, besar mungkin 2 kali ganda berbanding pesta buku antarabangsa di Malaysia. begitu juga dengan pengunjung. pakguard2 arab terjerit2, hendak mengatur laluan masuk pengunjung. hendak melepasi pintu masuk mesti bagi pakguard sekeping kertas glossy berharga 1 pound Mesir atau genih (LE 1). LE 1 itu juga dapat membeli rasa pelik bagi pengunjung2 yang sebelum ini pernah ke pesta buku, bezanya tempat dan percuma.

kali ini cerita di sudut mata pelajar malaysia yang juga pelajar perubatan tahun 1.

orang ramai,berasak-asak hendak ke kiri dan kanan. hendak ke depan perlu tahu mengelak, hendak ke belakang pula perlu sabar yang lebih berbanding ke depan. bila masuk ke booth syarikat penerbit, pun penuh jua. macam tuna dalam tin. pelik datang lagi, buku2 kebanyakkannya dalam bahasa tempatan, boleh kata 90% dalam bahasa arab. sedangkan itu pesta buku antarabangsa. duit yang dikeluarkan untuk memborong buku tersimpan lama dalam dompet yang berumur 4 tahun. hendak dibeli tapi takut tidak terbaca kerana 1 muka surat bersamaan dengan beberapa ratus muka surat kamus yang perlu disemak.

ma'rat ini memang istimewa kerana ada food court di tengah2nya. Mo'men, Abou shouka, KFC dan yang seangkatan dengan mereka, masing2 ada booth sendiri. macam booth2 penerbit. suasana meriah dengan keluarga2 yang sedang berkelah, makan2 di tengah2 ma'rat dan di dalam sebuah binaan,seolah2 collosseum tidak siap. macam percutian keluarga.

'collosseum tak siap' & pengunjung berkelah ditangga


senario 4 : Ma'rat kutub 2

Petang :

pelajar malaysia A : assalamu'aikum,bang,boleh tak kalau abang tengok2kan barang saya?
lelaki macam orang melayu A : wa'alaikumussalam, boleh,tapi adik ini mahu ke mana?(intonasi Indonesia)
pelajar : (sedikit terkejut) err, saya hendak ambil wuduk di sana. terima kasih..


Malam :

pelajar A : assalamu'alaikum,bang,tanya sikit boleh? ramsis di arah mana?
lelaki macam orang melayu B : wa'alaikumussalam, err.. ma'alish, ana mish fahim, ana thailandi (minta maaf,saya tidak faham,saya ni orang thailand)
pelajar A (sedikit malu + terkejut): ma'alish2, ana fakkir enta malizi..(maaf2,saya ingat kamu orang malaysia..)



"To Allâh belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and whether you disclose what is in your ownselves or conceal it, Allâh will call you to account for it. Then He forgives whom He wills and punishes whom He wills. And Allâh is Able to do all things."

(Al-Baqarah, 2 : 284)


Wallahu'alam..

4 comments:

mustRZ said...

salam..
bez la afiq pnyer blog..
gya pnlisan yang santai but mghburkan..
dont forget 2 browse my blog k..
mustrzblog.blogspot

afiQFaiz said...

wslm mas dr saratok,
bumi kenyalang..

rupenye mas ni 1 kem dgn sy mse plkn ye..sorry r ye,x knl,just tau nama je..

thanx for the compliment.. bese2 je..lg pn mmg x ske tulis bnde2 yg serabut,sape suke? serabut nk tulis org nk bc pn serabut,kn?? hehe..

insya Allah.. i'll try.. =D

Anonymous said...

hate dis section..sbb ak terase.
ekekeke XP

Eddy said...

afiq sengal