*pelajar update blognya, sebut tentang kamen rider..
senior : kat post tu asyik sebut kamen rider 555 je.. kenape?
pelajar : sebab ada sedikit persamaan dengan saya..
--------------------------------------------------------------------------------------------------
pelajar sedang menonton tayangan kamen rider yang baru saja selesai di download..
rakan : lorh.. tengok kamen rider .. ko ni tak matang betul ah.. ish3..
pelajar : biarlah.. lebih baik tak matang dari tengok filem mat saleh yg "kotor-kotor" tu..
pelajar teruskan menonton tanpa menghiraukan hujah rakannya lagi..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
pelajar sedang chatting dengan kakaknya..
kakak : ade idea nak hilangkan mengantok..?
pelajar : tengok movie kamen rider jom..
kakak : kamen rider?? you still at it huh?
pelajar : yup, it's better to watch this kind of movie rather than watching those filthy omputeh movie..
ini semua berlaku pada hari-hari kini..
------------------------------------------------------------------------------------------------
tapi pada suatu masa yang dahulu..
iaitu ketika pelajar ini di usia kanak-kanak..
mak : besar nanti nak jadi ape?
pelajar : nak jadi masked rider (*kamen = masked) !!
mak tersenyum mendengar jawapan anaknya yang sedang membesar. tidak boleh dipersalahkan cita-cita fantasinya itu kerana sudah faham dengan perangai anaknya yang begitu minat dengan masked rider. model aksi masked rider dibawa ke mana sahaja. dipimpin ke hulu dan ke hilir. mungkin juga kerana model aksi masked rider yang menjadi hadiah pertama kanak-kanak tersebut. mungkin jika diberi model aksi batman pada waktu itu, mungkin kamen rider tidak mendapat layanan semewah ketika itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
kamen rider atau lebih terkenal sebagai masked rider secara antarabangsa. juga dipanggil satria baja hitam dan juga gaban. tetapi gaban bukanlah nama yang betul kerana empunya namanya langsung tiada kaitan dengan masked rider. mungkin kerana kedua-duanya hero bertopeng, jadi masyarakat menganggap mereka adalah sama.
apa itu kamen rider (klik sini)..?
kamen rider lebih sinonim dengan lapisan masyarakat yang berusia muda. lebih sesuai untuk kanak-kanak dan budak kecil. suatu impressi pelik dilemparkan oleh masyarakat kepada golongan yang telah meninggalkan zaman kanak-kanak, meminati kamen rider. seperti yang dialami pelajar tadi. seolah-olah ianya suatu kesalahan di sisi alam semula jadi. sedangkan pelakon kamen rider itu sendiri orang dewasa.
senario yang dikatakan ketika ini ialah minat yang normal, bukan yang melampau atau die-hard-fan. hanya sekadar minat untuk dijadi hiburan suka-suka. tidak bercampur-aduk kehidupan dengan fantasi hero bertopeng tersebut. jika usia lanjut malah terbawa-bawa aksi fantasinya, maka itu merupakan suatu yang perlu diambil berat. campur-aduk fantasi dalam kehidupan seharian merupakan salah satu dari tanda-tanda kesihatan mental terjejas. kemungkinan besar akibat stress dan tekanan yang melampau.
namun begitu, perlu dititik beratkan jua jenis minat itu sendiri. minat yang melampau membawa kepada obses serta melalaikan. berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara bukanlah suatu yang baik, malah ditegah dalam Islam. hal ini demikian kerana berlebih-lebihan biasanya di dorong oleh nafsu. lebih-lebih lagi nafsu tidak pernah mendorong diri seseorang itu kearah kebaikan.
"...dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.."
Al-An'aam, 6 : 141
Al-An'aam, 6 : 141
wallahu'alam
6 comments:
Salam ziarah..
Suka entri kali ni. Jujur dan berterus terang. Kenapa mesti ikut apa orang lain kata? Buat hal sendiri je. Masing-masing ada minat sendiri. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Tak semestinya, apa yang kita minat tu mesti orang lain minat. Tepuk dada, tanya selera. Pastikan tepuk dada sendiri dan tanya selera sendiri. Jangan tepuk dada sendiri, tapi tanya selera orang lain.
yup..
saya pon ada kawan y mcm tu..
sgt minat dgn kamen rider..
btw,
zaman kanak-kanak mengajar kita erti dewasa,
jangan kita biarkan diri kita terus menjadi kanak-kanak sedang kita sudah dewasa..
daa
buat khairi :
terima kasih .. sebenarnya post ini bukan untuk menyebelahi peminat kamen rider.. kamen rider hanyalah sebagai contoh untuk situasi.
betul, tapi tidak semestinya kita tidak perlu hiraukan semua pandangan orang, tapi analisalah semuanya untuk mencari jawapan.
buat athirah :
setuju.. quotation anda lebih sesuai jika dipadankan dengan mentaliti dan rupa luaran..
kadang kala rupa nampak matang dan dewasa, tetapi mentaliti dan perangai tidak selaras dengannya.
kamen rider..!!
hahaha..
gaban bkan ke species len ker??
anwar azhari,
gaban bkan rider.. die xde naik motor.. that's the most obvious diff btwn them.. hehe
salam bro,
aiseh, x reti la nk ckp ape2 psl kamen raider ni...
dah lame tggal..lgpon kcik2 minat dragon ball, sailormoon..dat kind of stuff...
yup!it's better to watch dat kind of movie than yg merepek2 yg lain...
but anyway,
byk lgi pon movie yg blh + perlu tgk..huhu~
Post a Comment