*pelajar update blognya, sebut tentang kamen rider..
senior : kat post tu asyik sebut kamen rider 555 je.. kenape?
pelajar : sebab ada sedikit persamaan dengan saya..
--------------------------------------------------------------------------------------------------
pelajar sedang menonton tayangan kamen rider yang baru saja selesai di download..
rakan : lorh.. tengok kamen rider .. ko ni tak matang betul ah.. ish3..
pelajar : biarlah.. lebih baik tak matang dari tengok filem mat saleh yg "kotor-kotor" tu..
pelajar teruskan menonton tanpa menghiraukan hujah rakannya lagi..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
pelajar sedang chatting dengan kakaknya..
kakak : ade idea nak hilangkan mengantok..?
pelajar : tengok movie kamen rider jom..
kakak : kamen rider?? you still at it huh?
pelajar : yup, it's better to watch this kind of movie rather than watching those filthy omputeh movie..
ini semua berlaku pada hari-hari kini..
------------------------------------------------------------------------------------------------
tapi pada suatu masa yang dahulu..
iaitu ketika pelajar ini di usia kanak-kanak..
mak : besar nanti nak jadi ape?
pelajar : nak jadi masked rider (*kamen = masked) !!
mak tersenyum mendengar jawapan anaknya yang sedang membesar. tidak boleh dipersalahkan cita-cita fantasinya itu kerana sudah faham dengan perangai anaknya yang begitu minat dengan masked rider. model aksi masked rider dibawa ke mana sahaja. dipimpin ke hulu dan ke hilir. mungkin juga kerana model aksi masked rider yang menjadi hadiah pertama kanak-kanak tersebut. mungkin jika diberi model aksi batman pada waktu itu, mungkin kamen rider tidak mendapat layanan semewah ketika itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
kamen rider atau lebih terkenal sebagai masked rider secara antarabangsa. juga dipanggil satria baja hitam dan juga gaban. tetapi gaban bukanlah nama yang betul kerana empunya namanya langsung tiada kaitan dengan masked rider. mungkin kerana kedua-duanya hero bertopeng, jadi masyarakat menganggap mereka adalah sama.
apa itu kamen rider (klik sini)..?
kamen rider lebih sinonim dengan lapisan masyarakat yang berusia muda. lebih sesuai untuk kanak-kanak dan budak kecil. suatu impressi pelik dilemparkan oleh masyarakat kepada golongan yang telah meninggalkan zaman kanak-kanak, meminati kamen rider. seperti yang dialami pelajar tadi. seolah-olah ianya suatu kesalahan di sisi alam semula jadi. sedangkan pelakon kamen rider itu sendiri orang dewasa.
senario yang dikatakan ketika ini ialah minat yang normal, bukan yang melampau atau die-hard-fan. hanya sekadar minat untuk dijadi hiburan suka-suka. tidak bercampur-aduk kehidupan dengan fantasi hero bertopeng tersebut. jika usia lanjut malah terbawa-bawa aksi fantasinya, maka itu merupakan suatu yang perlu diambil berat. campur-aduk fantasi dalam kehidupan seharian merupakan salah satu dari tanda-tanda kesihatan mental terjejas. kemungkinan besar akibat stress dan tekanan yang melampau.
namun begitu, perlu dititik beratkan jua jenis minat itu sendiri. minat yang melampau membawa kepada obses serta melalaikan. berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara bukanlah suatu yang baik, malah ditegah dalam Islam. hal ini demikian kerana berlebih-lebihan biasanya di dorong oleh nafsu. lebih-lebih lagi nafsu tidak pernah mendorong diri seseorang itu kearah kebaikan.
"...dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.."
Al-An'aam, 6 : 141
Al-An'aam, 6 : 141
wallahu'alam