
sejak menerpa ke 'era' semester 2, blog ini tiada lagi seaktif dulu, walaupun jarang, tapi tetap ada contengan. Namun kini contengan kian kurang, mungkin atas faktor-faktor 'pengganggu' yang menjelma dari celah-celah yang entah mana kewujudannya. Ketandusan idea berlaku dengan lebih kerap. Hujan-hujan yang datang untuk membasahi benih-benih pemikiran kering diserap faktor-faktor misteri ini. Maka tiada contengan terukir di dinding blog, yang secara tidak langsung kesepian menyingkap. Kalau ada pun, hanyalah contengan-contengan import yang kadang-kalanya second-hand. Maka hadirlah labah-labah imaginasi, membina kawasan perumahan baru, yang mungkin hanya layak tarafnya sebagai setinggan dunia internet.
sawang-sawang kelabu *hanya kita imaginasikan* terbina dibucu, kemudian merebak ke tepian dan sempadan bilik. mungkin sawang hanya mampu menarik perhatian orang lalu-lalang, yang hanya ingin bersinggah, ingin tahu kerana tidak pernah sampai di blog sawang ini. *peratusan yang sangat rendah*. namun bagi pengunjung tetap, tiada rasa ingin berkunjung muncul, sekadar melihat papan tanda, tak pun, alamat sahaja..
begitulah nasib sang-blog yang hilang sinar contengan. mungkin akan luput sendiri tanpa sedar. dikunyah anai-anai web *imaginasi*, dibungkus sawang hingga bila-bila, menjadi mumia web.
resolusi muncul jika faktor misteri terungkai..

kini kerja menyapu sawang, menyedut debu-debu dengan vacuum cleaner, mengelap jendela , penyusunan contengan, bermula. maka bersyukurlah.. =p
2 comments:
hehe
nice pictha
can i imagine you being like that?
:P
wonderful piece of writin..u got d talent thre dude~!
Post a Comment