Saturday, November 7, 2009

kucing di lot parking


petang.
matahari agak terik hari ini. tp disebabkan angin musim sejuk bertiup, panas tidak terasa.
hari ini macam hari2 yg lain.
kelihatan orang2 tempatan keluar dari kediaman menuju ke jalan utama.
jalan utama penuh dgn butik2, restoran serta pusat membeli-belah.
aku hanya memerhati.
memasang mata dipinggir lot parking yg kelihatan seperti medan peperangan.

tiba-tiba muncul sesuatu yg sgguh menarik perhatianku.
2 lembaga yg kelihatan aneh.
tidak sama seperti manusia tempatan.

owh.. mungkinkah ini yg manusia tempatan sering sebut..
malizi..


malizi jalan bersama, seperti bersiar2.
seorang berambut lurus seorang lg kerinting sedikit.
kurus dan sederhana.
baju coklat dan baju putih.
masing2 mempunyai ciri2 fizikal yg berlawanan.

malizi baju putih membawa alatan pelik.
kotak hitam yg mempunyai terowong panjang.
kelihatan seperti meriam.
malizi berhenti berjalan.
mereka menatap rakanku yg sedang tidur2 ayam.


kemudian malizi putih mengangkat alatnya lalu mengacu pada kawanku.
rakan2 lain risau lalu berlari mencari perlindungan.
mungkinkah itu alat utk menangkap kami?
bukan.
malizi menjenguk belakang alatnya sambil menggeleng kepala.
raut wajah tidak puas hati terpancar.
kali ini malizi coklat pula yg memegang kotak hitam tersebut.
malizi mencangkung lalu berjalan itik ke arah aku.
suspens.
aku bersedia utk langkah seribu.
malizi memutar terowong pada kotak hitamnya.
semakin panjang kehadapan jadinya.
aku semakin resah. berdebar2.


tiba2 tuan penjaga lot parking menjerit.
malizi tersentak lalu toleh ke arah tuan penjaga parking.
penjaga parking menengking malizi dari jauh.
mungkin marah setelah melihat perbuatan pelik malizi yg seolah2 tidak pernah jumpa spesis kami.
batak.
serta mencurigakan.
malizi meneruskan perjalanan mereka.
aku lega.
terima kasih penjaga parking, kerana menyelamatkan nyawaku.

11 comments:

NaMiA_DuHi said...

haha...lwaknye...kucing ke "aku" uh??

afiQFaiz said...

cerita dari sudut pandangan kucing. hahaha..
kisah benar tau..
kne halau.. huhu

anwar azhari said...

hampeh nyer bawwab parking halau malizi coklat..


biar la dye nk tembak "aku" dengan kotak berterowong hitam tuh..

khairi said...

aku suke kucing. Nasib baik aku xde wktu tu. Kalau tak mesti aku maki bawwab tu habis2 dlm bahase melayu.

afiQFaiz said...

area tu byk gile kucing n kitten do.. sume comeyl2.. nnt kite gi ye keri.. hehe.. mesti ko nk amik 1 nnt.. hoho

afiQFaiz said...
This comment has been removed by the author.
hanif hafiz said...

blog, gamba, atau kamera?

kepalakotak said...

wah.
gamba ak tangkap masuk dlm blog.

yay.

anisahshamilah said...

smart n sempoi.
sile tgkap pics lawa2 byk2..

afiqfaiz said...

hanif hafiz : kesemuanya.

kepalakotak : ak letak sbb ak kesian kt ko.. kasi can la..

anisahshamilah : thanx kak~! :D insya Allah, tgh tajamkn skill2.. silalah melawat flickr sy ye..

龐克搖滾 said...

向小善致敬,它使人生旅程較為平順。........................................