Thursday, February 12, 2009

sebuah pesanan...

Bismillahirrahmanirrahim…
untuk sahabatku,

Alhamdulillahirabbil’alamin… syukur dipanjat kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya.. dapat kita menjalankan tanggungjawab yang telah ditaklifkan kepada kita.. selawat dan salam buat junjungan Baginda Muhammad kekasih Allah….


Sahabat, perjuangan ini memang payah… disepanjang jalan yang dilalui itu, disekelilingnya bukanlah bunga yang harum mewangi yang menghiasi sepanjang perjalananmu… tapi duri dan mehnah yang tajam menikam…. Lantaran itu berjuanglah menempuh derita..menongkahlah fitnah dan itulah gelombang hidup samudera duka seorang pejuang… dan ingatlah penawarnya cuma satu… CINTA kepada Ilahi.. itulah yang akan menjadikan kita kebal dalam menghadapi tribulasi kehidupan ini…

Belajarlah untuk menerima ketentuan Ilahi… dan bila engkau memandang sesuatu dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya… yang menjadikan sakitnya hatimu, yang menjadikan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu… damailah hatimu.. kerana masakan sengaja Allah mentaqdirkan setiap dugaan yang berlaku itu sia-sia… ? bukannya Allah tidak tahu akan sakitnya hatimu, pilunya hatimu, peritnya jiwamu, dan retaknya hatimu… tapi mungkin itulah yang Allah mahukan, kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya akan sentiasa dekat, dan lebih akrab dengan-Nya… dan bukankah itu impianmu, serta doamu untuk setiap saat agar hatimu sentiasa terpaut dengan-Nya..?
Dan hikmah diatas segalanya Allah salurkan perlahan-lahan ke dalam hidupmu tanpa engkau sedari….



Sahabat….Biarlah nafas hidupmu penuh dengan dakwah, berdakwatlah air mata dan darah syuhada’, ditulis diatas kertas perjuangan sebangai kiriman di hari kemudian… Namun… Ingatlah, semakin dekat bahtera dirimu kepada Allah, semakin kuat taufan melanda… biar engkau rebah namun jangan sesekali engkau berubah…! Biar terbuang namun teruskan perjuangan…! Ingatlah, kelmarin adalah jambatan untuk kita merentasi.. hari ini menuju hari esok, apapun… jadikan pengalamanmu sebagai kekuatan dalam hidup…

Dan Harus engkau menghayati dan tazkirahkan dirimu… apabila engkau letih dan hilang semangat. Allah tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya… apabila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu.. apabila rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu… apabila dirimu telah mencuba sedaya upaya tetapi tidak tahu tujuan Allah ada penyelesaiannya… dan apabila tiada yang beerti buatmu, keliru, dan kecewa,Allah ada jawapannya… Redho dan tabah di atas apa yang berlaku kerana pasti ada hikmahnya…

Sahabat… Yang indah kadangkala membawa padah! Yang manis pula bisa menghiris! Setiap yang hadir bukannya taqdir… mungkin menyuruh engkau berfikir… kemenangan dan keindahan tiada kesudahan… mungkin mengundang satu lagi rintangan… lantaran itu.. berdoalah dan terus berdoa… dan tawakkal kepada-Nya…kerana jika doamu dimakbulkan tandanya Alah menyayangimu… jika lambat dimakbulkan, tandanya Allah ingin mengujimu… dan jika tidak dimakbulkan, Allah telah merancang yang terbaik untukmu….

Tapi…. Jika ketenangan dan keredhoan-Nya yang dicari, Allah akan terus uji hatimu, hingga pada satu masa, engkau akan rasa indahnya tawakkal kepada-Nya… dan itulah nikmat dalam jagaan-Nya…




Sahabat… kuatkan hati mengadapi segalanya….
Satu pesananku….
Walau di mana dirimu berada… ISLAM IS THE WAY OF LIFE

*credits to Kak Meera Safiyya for sharing this to me.. =)
(copy pasted..hehe)

5 comments:

anwar azhari said...

artikel c n p yg smart..

tp nape ad gambo khalifah kentut??

afiq faiz said...

thanx~ =D
though it's only c n p.. =_="

saje je..promoting him..haha.. XD

van der shraaf said...

huhu...patutla ayat x gempak sgt...rupenyer bkn ko yg buat..kalo x mesti ayat dier lg gempak

Unknown said...

nice..but too long, I skipped a major part of it.

Anonymous said...

nice entry. x kisah la walau diambil dari mana pun. timbul gak rase insaf dalam diri.