24 jam tidak tidur.
aku berjaga malam.
hingga malam berganti siang.
kemudian malam kembali.
datang pula siang.
ah~
sudah 48 jam aku tidak tidur.
hanya sekali-kala dijenguk.
ditekan-tekan butang-butang bajuku.
sakit?
tak mungkin, ini memang fungsiku.
manusia menatapku.
kelihatan seperti mahu menumpahkan idea.
tapi terlalu samar-samar.
ah~
sudahlah.
manusia ini sebenarnya malas berfikir.
jarang-jarang memerah jus otaknya.
jika ada pun, hanya sebentar.
hilang tatkala cuba mengeluarkannya.
merepek.
.......
"utamakan keselamatan."
pesanan khas dari Ultraman.